Thursday, June 26, 2008

Sejarah Sekolah SK Tampin


Sekolah Melayu Tampin mula dibuka dengan kebenaran Executive Engineers Tampin pada 9 September 1956. Guru Besar yang pertama ialah Allahyarham Hj.Yusuf bin Hassan.

Bilangan murid seramai 144 orang dan 3 orang guru. Pada 7 Oktober 1956 jam 4.30 petang, Sekolah Melayu Tampin dirasmikan dalam satu majlis minum petang.

Pada 16 Januari 1967, Sekolah Melayu Tampin telah berpindah dari bangunannya di Bandar Tampin ke jalan Seremban. Tapak bangunan asal tersebut kini telah tersergam bangunan Komplek Pejabat Daerah Tampin.

Bermula dari detik itu, sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Kebangsaan Tampin. Guru Besarnya ketika itu ialah Cikgu Abd.Wahab bin Jain (1964 – 1970).

Sekolah Kebangsaan Tampin turut berkembang mengikut arus pembangunan. Bangunan Blok A setinggi 2 tingkat telah ditambah dengan bangunan Blok B yang menyediakan 6 bilik yang digunakan sebagai bilik darjah, Bengkel Kemahiran Hidup, Bilik Sumber dan Perpustakaan serta Bilik Prasekolah dan kawasan permainan khas untuk kanak-kanak Prasekolah.

Bilangan pelajar juga meningkat dari 144 orang pada tahun 1956 menjadi 807 orang pada tahun 1994. Bilangan guru juga telah bertambah menjadi 37 orang pada tahun 1994 berbanding seramai 5 orang pada tahun 1956. Pengurusan sekolah menjadi lebih teratur dengan adanya 1 orang pegawai kerani, 1 orang Pembantu Am Rendah, 1 orang jaga dan 6 orang Pekerja Rendah Awam.